Prolog
Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya….
Tahun 2008
Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut.
Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.
Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau. Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello. Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.
Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua? Nantikan kemunculan ‘SETEM’ di pawagam berhampiran anda…..
Senarai Pelakon
AFDLIN SHAUKI sebagai Joe
RASHIDI ISHAK sebagai Sid
VANIDAH IMRAN sebagai Alliya
QUE HAIDAR sebagai ISKANDER
BRONT PALARAE sebagai Burn
ISMA YUSOOF sebagai ARYANTO
HARUN SALIM BACHIK sebagai MARCELLO
SATHIA sebagai Vellu
INDI NADARAJAH sebagai Mani
DATO’ AZIZ SATTAR sebagai PAK RAMLI
DATUK JALALUDIN HASSAN sebagai ADNAN HASSAN
ADAM CORRIE LEE sebagai LAO
AZIZ M.OSMAN sebagai POSMEN
RICHARD GARDNER sebagai CHARLES BARRING
CHEW KIN WAH sebagai LIM PIRANHA
DIANA DANIELLE sebagai SURAYA
CHELSIA NG sebagai KAREN
KANCHANA DEVI sebagai MEENA
AZWAN HJ ALI sebagai PENGURUS RESTORAN
HENZI ANDALAS sebagai WAITER
SOFI JIKAN sebagai MAT REMPIT
FRANK LEWIS sebagai GANGSTER
SYANIE sebagai CLUBBER
LOGANATHAN KANABATHY sebagai SECURITY GUARD
Tenaga Produksi
Penerbit
Tayangan Unggul Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif Kanan
Gayatri Su-Lin Pillai
Penerbit Penyelaras
Abdullah Affandi Abu Bakar
Pengurus Produksi
Noor Aszila Abas
Pengarah/Cerita Asal/ Lakon Layar
Kabir Bhatia
Penolong Pengarah
Mohd Faizal Syed Ariff
Penolong Pengarah 2
Prakas A/L Murugiah
Pengarah Fotografi
Md Nor Mohd Kassim
Penata Rias
Faizul Zoulkifli
Pengarah Seni
Nazrul Asraff
Muzik Komposer
Syed Ahmad Faizal (Pacai)
Editor
Faizul Mohd Noh










(OK, kill me for adoring and drooling over his cuteness, lol). Here’s the latest pics took by

It’s only because I seldomly has much time to do so
For the past few weeks, I haven’t got much time to even relax and have a sound sleep. lol


Wah, gitu
If you like the song, please do request it on your favorite local radio station! 
Now I know why being a teacher/lecturer/instructor makes you feel so blessed

ajwa . Naj . Wawa . 25 . 317 days until my 26th birthday on May 18th . System Analyst . Malaysian . Dreamer . Worrier . Simple . Boringgg . but Laughs a lot . Gaining back her self-confidence ♥ Mariah carey . David Archuleta . Michael Bublé . James Morrison . Anuar Zain . Faizal Tahir . Akim . Diddy . Jesse McCartney . Linkin Park . BSB . *N Sync . Rascal Flatts . Smallville . Charmed . One Tree Hill . Merlin . Summerland . Matrix Trilogy . LOTR . Star Wars Saga . The Covenant . Tom Welling . Paul Walker . Steven Strait . Hugh Jackman . Josh Hartnett . Chad Michael Murray . Ewan McGregor . Natalie Portman . Cameron Diaz













