journal
Duit Gaji
 
Wed, 31st March 2010 at 3:16 pm

Sebab apa tulis pasal entry ni? Sebab baru masuk gaji la… ditambah baru dok pening tengok perbelanjaan bulan ni (Mac). Menakutkan! Sebab dah exceed limit budget :sweat:

Before 2010 bila dapat gaji, usually main bedal aje belanja. :cry: Tak pernah buat budgeting atau rekodkan perbelanjaan. Kalau ada pun, mungkin 100-200 diasingkan atau dicarry forward ke bulan berikutnya. Bila dah bertimbun sikit, tangan n otak mula la gatal berangan nak belanjakan duit tu – beli kamera la, phone la, ipod la… :shopping: lagipun bukan apa, kalau tak diri sendiri yang belikan untuk diri sendiri ni, sape lagi yang nak belikan… tak gitu? Hahaha… Jadi, kesudahannya, simpanan = illek! bak kata orang India.


Hish, ada ke sepah2 ceggitu je duit gaji… :P

Tapi dari ingatan ku yang masih boleh tahan la ni (walaupun selalu short term memory je), belanja memang sememang memangnya banyak sangat habis kat makanan. I guess I memang datang dari family yang suka makan… :drink: tengok badan la kan, hahaha. Bila tengok situasi yang dah tak terkawal ni (hahaha, poyo je bunyi), so I decided I should at least note down my expenses, especially part belanja untuk makanan tu :!: At least, dengan cara, I managed to see where I spent my money… Takde la macam dulu… Terpinga2 je duit habis tapi tak tau ke mana duit tu “hilang”, haha… :pirate: Dan “konon-kononnya” bila ada rekod, bila tengok belanja kat makanan tu punya la tinggi, nanti jadi takut la sikit nak overly spend mcm tu pd bulan berikutnya… :nerd:

Simpanan? Aiyo… ni la baru nak start. :money: Hopefully idok lah terlambat sangat kan. Kadang bila jumpa member lama, saje la tanya2 pasal simpanan bagai… and looks like I je yang tertinggal ketapi dok belanja tanpa arah tuju. Maybe sebab I takde real commitment lagi kecuali kereta nan satu tu. Belanja rumah tak kena fikir sangat sebab stay dengan family. Nak simpan duit untuk kahwin lagi la tak yah fikir sebab tak bercalon pun lagi, lol. I think that’s the main reason sebelum ni I takde fikir jauh untuk start saving. My friends suggested ASB – tetap – tak boleh keluarkan. Memang patut pun. Kalau tak, tangan ni memang kembang je nak keluar + belanjakan nanti :P

p/s: Ye ye je tau… takut duit tu last2 x sampai pun kat bank, sampai kat kedai atau shopping complex, lol…


 

 

 

Happy Birthday Papa :)
 
Mon, 29th March 2010 at 10:55 am

Yesterday, 28 mac 2010 was my father’s 55th birthday… :) Nothing too much being done, only that we went for dinner together – Wan, Mama, Papa, Naim, kak Som & Me

We went to Mak Tim – it’s been ages since I came here for dinner. Last time I went, it was quite nice. But semalam memanglah sangat menyakitkan hati. Nak order tu – takde, nak order ni – dah habis! Bertuah!! I almost wanted to cancel all the order and go to other place, but my parents and grandma stopped me – “Takpe lah, takde rezeki, lagipun tak baik…”. Huhu…

I ended up having Beryani Kambing – as itu aje pilihan beryani yang ada! My mum – mee bandung, Papa & Naim – mee rebus, Wan – soto & kak Som – nasi tomato. Hurm… sangat lah tidak memuaskan. Tak masuk bab salah kira and all…

Ikutkan nak order sate, sebab sate Johor is my all time favorite regardless apa pun, tu yang menuju kat sini. Sate Kajang ke ape ke x kisah la, sate Johor, specifically sate Muar tatap menjadi pojaan hati ku :love: …BUT!! takde lah kan of course. So menganga aje lah. Bukan apa, papa dah sebut dari last week teringin nak sate… so macam x sedap lak kan xde lak menu utama tu.

Jadi alkisah, balik dari makan tu siap singgah kedai lain gi beli sate pulak. Then balik rumah buat 2nd round dinner. Hahahaha… 20 sate daging lembu & 10 sate ayam. Ingat kan macam banyak. Tapi macam x cukup lak :P Lagipun, saya memang hantuu sate :cheery:

Sorry la x ingat lak nak snappy2 any pictures – geram sangat sampai hati melara geram menu semua takde… hahaha…

p/s: Yang penting dapat lepaskan hajat papa nak makan sate :)


 

 

 

Musim Baru Akademi Fantasia Telah Bermula!
 
Mon, 22nd March 2010 at 5:11 pm

Sedau tak sedau, another new season dah bermula… dah season 8 dah… Year by year banyak juga yang cakap ala2 dah bosan lah dengan AF ni… Tapi percaya atau tidak, AF ada pengikutnya tersendiri :correct:

Selain “peminat AF” yang sedia ada itu sendiri, saban tahun, ada saja “peminat baru” yang muncul. Tak kurang juga yang sudah “merajuk” :oops:

Peminat setia AF ini biasanya akan muncul dan menunjukkan sokongan pada musim AF sahaja. Kebanyakan mereka merupakan peminat kepada “kombinasi” rancangan dan pelajarnya. Setelah tamat pengajian pelajar2 ini dari AF, mereka boleh dikatakan “bertapa” untuk menanti musim seterusnya :yum:

Tak kurang juga ada yang bertukar minat dan sokongan setiap tahun… tujuannya? Untuk suka2. Ada setengahnya, sokongan terhadap pelajar yang mereka pernah minati habis di situ dan hanya tinggal kenangan semata, haha. Tapi ada juga yang teruskan minat, tapi mungkin kalau ada pun, ia hanyalah sekadar minat biasa2… :blur:

Peminat baru tak kurang ramainya setiap musim. Acapkali saya nampak kata2 dan komen2 sesetengah peminat seperti – “sebelum ni, saya x pernah tgk AF, tapi setelah melihat pelajar X hati saya terus terbuka untuk menonton rancangan ini”… atau ada yg nak “terer” lagi… “saya tak pernah minat artis malaysia sebelum ni, tapi X ni lain… dia lah artis malaysia pertama yg saya minati..” wahhh, kengkonon very the high taste la ek? gituhhhh…. :P

Bab2 merajuk tak yah la cakap. Cuma apa yang boleh dikatakan, kadangkala pengalaman “menyokong” pelajar2 AF, terutama setelah mereka tamat pengajian dari AF dan mula bersaing dalam industri, boleh menimbulkan rasa “mual” – either datangnya mual itu dari peminat fanatiks ex-student tersebut ataupun ex-student tu sendiri. Macam2 kerenah… :o

p/s: Nak buat apa2 tu jangan “terlampau”. berserdehana aje dah la :)


 

 

 

Top 5 Must-Have Blackberry Apps
 
Thu, 18th March 2010 at 4:30 pm

UberTwitter
RIM will release their own version of twitter apps. But in the mean time, UberTwitter is a must have apps for twitting purpose~

Viigo
Get latest updates from your favorite websites. You can add multiple site’s RSS from this app.

QuickPull
Now you don’t have to manually take out your casing and pull-out your battery for resetting purpose. This app mimics the action.

Opera Mini
A much faster browser for your phone, it’s even faster than Safari on iPhone.

BlackBerry AppWorld
Get updated and browse through a wide variety of many other top and trusted Blackberry apps.


 

 

 

Jumbo Gajah Biru (Khan Kuay 2)
 
Fri, 5th March 2010 at 9:50 am

Yesterday alhamdulillah berpeluang pergi menonton preview filem ‘Jumbo Gajah Biru’. Filem ni merupakan filem animasi terbitan Thailand. Animator dia ni pernah bekerja di Hollywood dan pernah terlibat dalam penghasilan filem-filem animasi meletups seperti Atlantis:The Lost Empire, Tarzan dan Ice Age :cheery:

So Astro telah mengambil peluang untuk mengedarkan filem animasi ni in Malaysia pulak. Filem ni akan mula ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia mulai 11 Mac depan. So next week, dan nak mula cuti sekolah, boleh la adik-adik semua serang panggung wayang ya… :weather:

Honestly at first I lebih ‘teruja’ nak tengok filem animasi ni because Akim telah terpilih untuk voice over watak utama – Jumbo, dalam filem ni. Sila jangan cekik saya, hehehe :oops: Tapi lepas tengok trailer filem ni, dah mula teruja lebih lagi sbb nampak best juga ceritanya. Animasi asia tu beb, asia tenggara lagik, haruslah looking forward gak :wink:


Trailer Jumbo Gajah Biru

I tak pandai la nak bagi review detail mengenai setiap perincian filem ni, tapi aku tau aku peminat movies, dan ya, saya suka gila cerita ni. Hoho. No no no no, bukan hanya sebab Akim voice over ya, tapi siyes, sangat best – tak boring, plot dan jalan cerita sangat menarik. But what I like the most is – unexpected thrill dia :!: Dan dalam thrill dan aksi ni semua pun, tak ketinggalan banyak juga unsur komedi yang menyeimbangkan suasana (betul ke ayat aku ni, huhu).

Lagi satu, yang penting, jalan ceritanya teratur ya, bukan main terjah sana sini ntah apa-apa macam kebanyakan filem-filem melayu, oppps. Matilaaa :P


Akim dubbing untuk suara Jumbo

Nak kritik sikit lah voice over Akim dalam filem ni, *tetibe sangat, hehe. Overall, not bad dan OK sangat in my opinion. Dan no no no no lagi skali, bukan sebab bias, tapi memang OK. Ada peningkatan penghayatan, ton suara semua dari lakonan bersiri ‘Kau & Aku’ dia tu. Menurut mereka (Akim & Mila) dalam PC selepas tayangan filem ini, mereka mengambil masa 2 hari, setiap hari selama 2 jam untuk complete kan proses dubbing ni. Buleh tahan :D

What can I say, Akim pula jenis yang cepat belajar dan bersungguh-sungguh dalam satu-satu kerja yang dia lakukan, jadi tak pelik sangat kannn :angel: But I won’t say it’s all perfect, there’re always room for more improvement :love:

Maka, buat ibu bapa, sila lah bawa anak-anak anda pergi menonton filem ni. Selain elemen aksi yang bolehh menarik minat anak-anak, banyak juga pengajaran dan moral yang baik mereka boleh pelajari – kekeluargaan, kejujuran, keberanian, kesungguhan, persahabatan… dan gajah-gajah comel yang berwarna-warni~! hahaha… :luv: Raja Naresuan juga sangat kacak ya, kui kui kui…


 

 

 

American Idol Season 9
 
Tue, 2nd March 2010 at 11:36 am

Have any of you been watching it? I do, once in a while. I won’t say I’m the biggest fan who never ever miss any of the show, lol… but I watch it occasionally when I can :luv: My current fave would be Casey James and Andrew Garcia :crush: I certainly in love with their voice and extra as for Casey, of course, ahem, his eye-candy look :yum: (It’s nothing wrong for drooling over God’s beautiful creation you see… :bow: ) LOL.

Geez, I should run back to my work now. I’m just taking this quick break here to de-freeze my brain – programming can really make your brain freeze once in a while, hehe :o Let me know who’s your fave Idol eh? :love:


 

 

 

 

 

tag clouds
 
Umbrella's not needed ;)

holiday gathering dream bowling wordpress akim happy bengang lunch friends job concert interview Work diddy dinner dvd birthday blog 2PM new skin melaka Tagged yoyooh movie ramadhan dream high selamat hari raya awards new year

 

etcetera
 
The blog and splash stuff

- IMCurtain: Connecting Bloggers
- All Malaysian Bloggers Project
- IAG Directory
- Want to be linked?
- Ping list
- Powered by WordPress

lady
 
ajwa . Naj . Wawa . 27 . . 103 days until my 28th birthday on May 18th . IT Engineer . Malaysian . Dreamer . Worrier . Simple . Boringgg . but Laughs a lot . Gaining back her self-confidence ♥ Mariah carey . David Archuleta . Michael Bublé . James Morrison . Anuar Zain . Akim . Faizal Tahir . Diddy . Jesse McCartney . Linkin Park . BSB . *N Sync . Rascal Flatts . Smallville . Charmed . One Tree Hill . Merlin . Summerland . The City . Jonas . Matrix Trilogy . LOTR . Star Wars Saga . Twilight Saga . The Covenant . Taylor Lautner . Tom Welling . Paul Walker . Steven Strait . Hugh Jackman . Josh Hartnett . Chad Michael Murray . Ewan McGregor . Natalie Portman . Cameron Diaz

?

playlist cam cam
 
facebook twitter yahoo! messenger youtube

 
Your Text Ads Here?
 

 

navigate
 
Journal
Lady
Artwork
Collective
Visitor
Plugboard
Exits
SecretWhisper

 

skins





skins more?

 

stats
 
7 online currently,
809 cried on this page,
432028 were all cried out,
Since 29-Jan-2006

Powered by  MyPagerank.Net

 

random links
 
Ray Dr Evil
Lagi-lagi Filem
Hanya Aku
Sultan Muzaffar
Mell's Delite
Diddy
Ayu The Sun
Atiqah
Angela's Bloggie
Adam Arjuna
Joe Klubbkidd
Twisted Serene
AndyzWeb
Secret-Mind.net
Soo-Sweet.net
AfiqHakim.com
Artistique-Ilustra.net
Fake The Way
HoneyMarie.com
Le-Mimi.com

link exchanges more?

 

Follow Me


 

archives

- January 2012 (1)
- December 2011 (4)
- September 2011 (1)
- August 2011 (2)
- July 2011 (7)
- June 2011 (4)
- May 2011 (3)
- April 2011 (8)
- March 2011 (10)
- February 2011 (2)

 

etcetera

 

 
Earn Money Online?
Free Domain?
 

 
 Search the web/site.
Web SawYouCry

 

 

© Najwa 2005-08
SecretWhisper Production
All rights reserved.
* * * * * * * * * * * * *