journal
Yoyooh! at Kosmo!
 
Mon, 2nd March 2009 at 11:43 am

Wah, banyaknya (2 je pun :P ) tanda seru. Anyway, last Tuesday, something wonderful happened – Yoyooh.com was reviewed in the Kosmo! newspaper :browse: Woohoo! Thanks to Adham Shadan for the wonderful review. Here’s the article written by him;

Yoyooh.com aspirasi remaja
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

Platform perbincangan, hiburan dan hobi Yoyooh.com kini menarik lebih 60,000 pengunjung sebulan.


YOYOOH.COM dapat meluaskan skop para pembaca berhubung sesuatu topik.

DILABEL sebagai media baru, laman sesawang Yoyooh.com merupakan platform khas untuk generasi muda negara ini mengaspirasikan pengetahuan dan pendapat mereka kepada khalayak umum.

Dinamakan Yoyooh, ia mudah untuk mendekati remaja memandangkan bunyinya menyerupai bahasa slanga remaja yang bermaksud ‘ya lah tu’. Nama laman sesawang tersebut juga kreatif kerana mirip perkataan youth iaitu remaja.

Melalui pelbagai artikel berbentuk perbincangan, ilmiah hinggalah hiburan, Yoyooh.com dapat meluaskan skop para pembaca berhubung sesuatu topik.

Pembaca, sama ada seorang blogger atau pembaca biasa boleh mengemukakan apa sahaja pandangan mereka tentang sesuatu topik dalam ruangan original post. Anda boleh bercakap tentang isu semasa, hiburan, gender, makan, seni budaya dan banyak lagi.

Asalkan sahaja anda berdaftar menjadi ahli laman, anda boleh mengirimkan artikel atau pandangan anda termasuk menghebahkan apa-apa aktiviti untuk remaja. Tetapi, jika anda tidak menjadi ahli pun, anda masih boleh memberikan komen atas nama anonymous (tanpa nama).

Ruangan kolumnis pula merupakan ruangan artikel yang ditulis oleh individu tertentu yang dipilih oleh pihak pengendali web. Antara yang mengisi segmen kolumnis ialah Redmummy, Nama Saya Ello, Ok Moris, Corat-Coret Azra dan beberapa lagi.

Ruangan bloggers post pula satu ruang yang diwujudkan khusus untuk para blogger meletakkan perkara menarik yang ada di blog mereka untuk dipamerkan di laman Yoyooh. Secara tidak langsung, mereka dapat mempromosikan blog masing-masing.

Menariknya, laman web tersebut berusaha untuk memeriahkan bidang penulisan blog di negara ini dengan mewujudkan anugerah blogger. Anugerah tersebut dilaksanakan dengan para pembaca laman Yoyooh mencalonkan blog-blog terbaik mereka.

Daripada pencalonan, ia akan mengalami proses penyaringan dan disenarai pendek. Menerusi rating yang diberikan pembaca, pemenang-pemenang akan dipilih dan pihak pengendali laman web akan mencipta kategori bersesuaian. Antara kategori-kategori anugerah blog yang dijangka diwujudkan ialah blog jenaka, blog menyokong filem dan blog diari terbaik.

Selain itu, laman tersebut turut menawarkan ruangan forum untuk diskusi. Yoyooh.com baru beroperasi sejak enam bulan lalu, dan setakat ini ia menerima 60,000 kunjungan dalam sebulan.

Sehingga kini, ia sudah mempunyai hampir 300 ahli.

Yoyooh.com is a portal or a medium for young generation to speak up their mind – they can express their views by posting their own articles, leaving comments on any articles posted, creating a new topic in the forum or posting replies there. Nothing is right or wrong – anyone can say what they think or feel – as long as it’s not too much extreme or offensive to others :weather:

So don’t hesitate to join us ya. Other than speaking up your mind and gaining new knowledge, it’s a great place to meet and interact with new people too! :wink: Wah, gitu :P


 

 

 

Yoyooh.com Blogger Awards
 
Sun, 30th November 2008 at 7:50 pm

Yoyooh.com merupakan platform khas untuk generasi muda mengaspirasikan pengetahuan dan pendapat mereka pada khalayak umum. Melalui pelbagai artikel dari berbentuk perbincangan, ilmiah hinggalah hiburan, Yoyooh.com dapat meluaskan skop para pembaca.

Oleh hal yang demikian, Yoyooh.com ingin mengambil peluang untuk menghargai para bloggers di luar sana yang banyak menyumbangkan pelbagai bahan bacaan bermutu untuk generasi kini.


 

 

 

Kongsi Pengalaman Raya Dan Menang RM100
 
Thu, 9th October 2008 at 3:15 pm
 

Yoyooh.com menganjurkan pertandingan menulis cerita mengenai hari raya !! Hanya ahli berdaftar di Yoyooh! sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.

Sila pilih hanya satu (1) daripada mana-mana tema di bawah;

Tema 1:
Perbezaan raya dahulu & sekarang.

Tema 2:
Diari Syawal saya (Kategori ini memerlukan anda menyertakan gambar-gambar yang menarik).

Tema 3:
Pengertian Syawal pada generasi muda masa kini.

SILA KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT :star:


 

 

 

 

 

tag clouds
 
Umbrella's not needed ;)

melaka friends bengang new skin Work dream dream high dinner new year ramadhan movie gathering holiday interview bowling Tagged job akim concert lunch selamat hari raya dvd wordpress 2PM happy awards yoyooh diddy birthday blog

 

etcetera
 
The blog and splash stuff

- IMCurtain: Connecting Bloggers
- All Malaysian Bloggers Project
- IAG Directory
- Want to be linked?
- Ping list
- Powered by WordPress

lady
 
ajwa . Naj . Wawa . 27 . . 103 days until my 28th birthday on May 18th . IT Engineer . Malaysian . Dreamer . Worrier . Simple . Boringgg . but Laughs a lot . Gaining back her self-confidence ♥ Mariah carey . David Archuleta . Michael Bublé . James Morrison . Anuar Zain . Akim . Faizal Tahir . Diddy . Jesse McCartney . Linkin Park . BSB . *N Sync . Rascal Flatts . Smallville . Charmed . One Tree Hill . Merlin . Summerland . The City . Jonas . Matrix Trilogy . LOTR . Star Wars Saga . Twilight Saga . The Covenant . Taylor Lautner . Tom Welling . Paul Walker . Steven Strait . Hugh Jackman . Josh Hartnett . Chad Michael Murray . Ewan McGregor . Natalie Portman . Cameron Diaz

?

playlist cam cam
 
facebook twitter yahoo! messenger youtube

 
Your Text Ads Here?
 

 

navigate
 
Journal
Lady
Artwork
Collective
Visitor
Plugboard
Exits
SecretWhisper

 

skins





skins more?

 

stats
 
7 online currently,
2255 cried on this page,
432026 were all cried out,
Since 29-Jan-2006

Powered by  MyPagerank.Net

 

random links
 
Aznil Hj Nawawi
Qarl
Aqua * Lost With No Direction
Just Sya
The Sweet Escape of Lyn Yusoff
Anis Hayati's Life
HeavenLeigh Ann
Ajami Hashim
Kematz
Syamelia * Guilty Indulgence
AisyahRozi.com
Eerie-Silence.net
Joe Klubbkidd
Paddling-Geek.net
Letters-To-You.com
Beyond The Sign
WhatYouSee.Co.Nr
Nadia-Haswani.com
Clever-Trick
HoneyMarie.com

link exchanges more?

 

Follow Me


 

archives

- January 2012 (1)
- December 2011 (4)
- September 2011 (1)
- August 2011 (2)
- July 2011 (7)
- June 2011 (4)
- May 2011 (3)
- April 2011 (8)
- March 2011 (10)
- February 2011 (2)

 

etcetera

 

 
Earn Money Online?
Free Domain?
 

 
 Search the web/site.
Web SawYouCry

 

 

© Najwa 2005-08
SecretWhisper Production
All rights reserved.
* * * * * * * * * * * * *